BERNAMA

Putrajaya: Susulan tular dokumen 'PASLeaks' yang mengandungi dakwaan percaturan termasuk untuk mencampuri urusan kehakiman, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kesahihan dokumen itu tidak dapat ditentukan.

"Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak," katanya yang enggan mengulas lanjut berhubung dokumen yang tular itu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sesi Town Hall dan melancarkan Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera di sini.

Dokumen "PASleak" yang tular mengandungi dakwaan terdapat gerak kerja untuk percaturan politik termasuk menyentuh idea campur tangan dalam bidang kehakiman.

Dokumen itu turut menyentuh mengenai masa depan Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

ISMAIL Sabri Yaakob ketika berucap pada Majlis Perasmian Town Hall dan Pelancaran Buku "Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera". FOTO  Bernama
ISMAIL Sabri Yaakob ketika berucap pada Majlis Perasmian Town Hall dan Pelancaran Buku "Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera". FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2022 @ 2:44 PM