GAJAH  yang ditangkap.
GAJAH yang ditangkap.
BERNAMA

Ipoh: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menangkap seekor gajah betina liar di Kampung Chepor, Lenggong, Sabtu lalu.

Pengarahnya Yusof Shariff berkata, tangkapan itu dilakukan susulan aduan pada 8 April lalu daripada penduduk Felda Chepor dan Kampung Chepor berhubung kerosakan tanaman seperti getah dan kelapa sawit.

"Gajah betina yang dianggarkan berusia 27 tahun itu dengan berat kira-kira 2.8 tan akan dipindahkan esok pagi dengan bantuan daripada kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof berkata, gajah betina itu akan dipindahkan ke Hutan Simpan Royal Belum.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 April 2022 @ 9:16 PM