LAPORAN awal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN awal Harian Metro sebelum ini.
BERNAMA

Seremban: Kertas siasatan berhubung kes penemuan mayat wanita di dalam gaung di Kilometer 14 Jalan Lama Bukit Putus, Paroi di sini telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya, kata Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof.

"Kertas siasatan dah selesai, hanya tunggu arahan (TPR), kita dah hantar baru-baru ini," katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Pada 20 Mac lalu, mayat wanita dipercayai warga tempatan berkenaan ditemukan dalam keadaan tertiarap oleh seorang lelaki ketika berjoging dan mengambil gambar di kawasan tersebut.

Susulan kejadian itu, dua lelaki masing-masing berusia 41 dan 44 tahun serta seorang wanita berusia 18 tahun yang mempunyai talian persaudaraan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nanda berkata reman ke atas lelaki berusia 41 tahun dan wanita itu dilanjut hingga 16 April ini manakala seorang lagi lelaki hingga esok selepas tempoh reman ketiga-tiga mereka berakhir semalam.

Beliau berkata mereka juga direman susulan penemuan satu rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud, di sini pada 7 April lepas yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan mereka.

Berita berkaitan

Lelaki dipercayai bapa luah perasaan di FB

Rangka kanak-kanak perempuan ditemukan di Jalan Bukit Zamrud [METROTV]

Pencarian di lokasi penemuan mayat wanita belum berhasil

'Mereka tengah usaha cari' - Timbalan KP Negeri Sembilan [METROTV]

Kes jumpa mayat di gaung kini kes bunuh [METROTV]

Tiga ditahan bantu siasatan penemuan mayat wanita

Punca wanita mati di belukar masih misteri

Nak rakam gambar, terjumpa mayat pula

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2022 @ 10:29 AM