GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Seorang pembantu pegawai sebuah agensi ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima rasuah melebihi RM20,000.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Melody Woon Sze Mun di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini hari ini.

Lelaki berkenaan ditahan reman hingga 11 April depan.

Semalam media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pembantu pegawai sebuah agensi bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima rasuah.

Suspek berusia 32 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2020 hingga tahun lalu, lelaki berkenaan sebelum ini bertugas sebagai pegawai tadbir di sebuah jabatan meminta dan menerima rasuah daripada dua perunding projek.

Ia sebagai balasan membantu membocorkan maklumat berkaitan projek yang hendak dipohon oleh kedua-dua individu itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2022 @ 10:53 AM