KETUA pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi ditahan SPRM dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam bagi perintah reman hari ini. FOTO Ihsan SPRM
KETUA pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi ditahan SPRM dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam bagi perintah reman hari ini. FOTO Ihsan SPRM
Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat rangkaian telekomunikasi direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah RM200,000.

SPRM pada kenyataan hari ini berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan menerusi operasi yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor.

"Lelaki terbabit ditahan di Pejabat SPRM Selangor, jam 8 malam semalam, selepas hadir memberikan keterangan.

"Dia dipercayai meminta dan menerima wang rasuah daripada sebuah syarikat lain sebagai dorongan memberikan kerja berkaitan projek kejuruteraan pembinaan serta pembaikan menara telekomunikasi bernilai kira-kira RM50 juta pada April tahun lalu," katanya.

Menurut jurucakap, susulan itu, Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini, membenarkan suspek direman empat hari selepas SPRM Johor membuat permohonan reman pagi tadi.

"Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 17 Jun ini dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2022 @ 2:22 PM