GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Omar Ahmad


Kulai : Enam lelaki tempatan ditahan dalam serbuan di kawasan Senai, Ulu Tiram dan Johor Bahru, semalam, susulan kes samun sebuah kilang di Jalan Seelong, Senai Jaya pada 6 Mac lalu.

Ketua Polis daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata dalam kejadian samun pada jam 5.11 pagi, pengadu yang juga pekerja warga asing kilang terbabit didatangi empat lelaki bersenjatakan besi panjang.

"Mangsa dipukul dan mengalami kecederaan dibahagian bahu sebelah kiri.

"Dalam kejadian samun terbabit, dua bag masing-masing seberat satu tan berisi gangsa dan tembaga milik kilang serta telefon bimbit pengadu diambil suspek.

"Semalam, sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah IPD Kulai bersama D9 serta D4 Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor membuat serbuan dibeberapa lokasi sekitar Senai, Ulu Tiram dan Johor Bahru, berjaya menahan 6 lelaki tempatan berusia 17 hingga 48 tahun," katanya menerusi kenyatan di sini, hari ini.

Menurut Tok, hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati lima daripada suspek mempunyai kes berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

"Dalam serbuan itu kita turut merampas peti besi, dua parang, kuku kambing, lapan telefon bimbit dan lori.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 5 April depan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2022 @ 3:21 PM