Farah Izureen Izhar

TANGGUNGJAWAB ibu bapa bukanlah hanya sekadar menyediakan tempat tinggal dan memberi kasih sayang yang cukup kepada anak-anak.

Selain daripada memantau aktiviti seharian anak-anak, ibu bapa juga harus mendidik mereka supaya membesar dengan sihat.

Musuh terbesar dalam mendidik anak bukanlah sekadar Internet, televisyen atau lingkungan pergaulan, namun ternyata ada pada ibu bapa sendiri sebagai orang tua iaitu kemalasan.

Malas mematikan telefon saat bermain bersama anak, tapi berharap anak lebih dekat dengan orang tua daripada kawan-kawan, malas mendengar tangisan anak-anak yang minta dipujuk, tapi mengharapkan anak patuh dan mempercayai orang tua.

Malas memberi pengajaran mengenai ketaatan kepada Allah dan Rasul, tapi berharap anak menjadi orang-orang yang aoleh serta malas mengajar Al-Quran serta sunnah, tapi berharap anak meningkat dewasa dengan mencintai agamanya.

Syeikh Soleh Al Fauzan menasihatkan, "Ini adalah jihad fisabilillah, ini adalah seutama-utamanya jihad iaitu engkau berusaha mendidik anakmu di atas ketaatan kepada Allah".

Sentiasalah untuk hidupkan jiwa al-Quran dalam diri anak-anak.

Saidina Uthman bin Affan pernah memberikan nasihat, "Hiduplah bersama al-Quran, nescaya hidup kamu akan selamat. Ketahuilah al-Quran dapat melembutkan hati yang keras, menyedarkan manusia akan fitrahnya, mencerahkan hati dan fikiran manusia serta membawanya kepada kebenaran hakiki."

Bagi ibu bapa yang mencari aplikasi al-Quran untuk telefon bimbit, aplikasi Waktu Solat Malaysia adalah yang terbaik.

Aplikasi percuma ini adalah aplikasi yang dibangunkan sepenuhnya dalam bahasa Melayu, jadi sangat sesuai untuk orang Malaysia.

Disediakan ruangan al-Quran, terjemahan, serta waktu solat, pelbagai kemudahan ditawarkan oleh aplikasi Waktu Solat Malaysia ini.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play, Huawei AppGallery, dan App Store hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Jun 2022 @ 2:58 PM