ANTARA dadah yang dirampas.   FOTO Ihsan polis
ANTARA dadah yang dirampas. FOTO Ihsan polis
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Polis menggempur tiga kawasan di Lukut, Telok Kemang dan Linggi dekat sini, yang dikenal pasti menjadi sarang penagihan dadah dalam operasi selama tiga hari antara 15 hingga 17 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, hasil operasi, polis menahan 14 individu termasuk seorang wanita berusia antara 20 hingga 65 tahun, serta merampas dadah bernilai RM835.25.

"Semakan rekod kesalahan lampau kesemua suspek mendapati mereka mempunyai rekod jenayah dan rekod jenayah dadah lampau.

"Kami percaya penahanan semua suspek itu berjaya melumpuhkan aktiviti pengedaran dadah yang berleluasa di daerah ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua 14 suspek ditahan di lokap IPD Port Dickson dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2022 @ 12:46 PM