ANGGOTA bomba membawa mayat mangsa naik ke daratan sejurus berjaya dijumpai di kawasan Sungai Telong Merah, hari ini. FOTO ERIKA GEORGE
ANGGOTA bomba membawa mayat mangsa naik ke daratan sejurus berjaya dijumpai di kawasan Sungai Telong Merah, hari ini. FOTO ERIKA GEORGE
Erika George


Miri: Mayat wanita dibaham buaya, Demit Chagai dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ditemui di hulu Sungai Telong iaitu pada jarak 300 meter dari lokasi kejadian, pada 1.30 tengah hari, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binji berkata, mayat mangsa berusia 43 tahun itu ditemui di kawasan Sungai Telong Merah dalam keadaan tidak menelungkup serta tidak berpakaian dipercayai akibat diseret reptilia ganas itu manakala tangan kanannya putus.

"Penemuan mayat mangsa itu membolehkan usaha pencarian di hari ke-2 SAR hari ini yang bermula seawal 8.20 pagi ditamatkan.

"Mayat mangsa kemudiannya diangkat dari sungai dan dibawa ke darat untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam kejadian pada 12.10 tengah hari semalam, mangsa dikatakan sedang memancing ikan bersama ibu dan ibu saudaranya sebelum reptilia ganas itu muncul secara tiba-tiba dari dalam air dan menyambar tubuh mangsa serta mengheretnya ke dasar sungai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2022 @ 9:20 PM