Pasukan SAR yang memulakan usaha pencarian mangsa di sekitar Sungai Nyelong. FOTO Ihsan Bomba
Pasukan SAR yang memulakan usaha pencarian mangsa di sekitar Sungai Nyelong. FOTO Ihsan Bomba
Erika George


Miri: Lelaki warga Indonesia yang juga pekerja ladang kelapa sawit di Ladang Kuala Suai dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Nyelong, di sini, hari ini.

Sebelum itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Sapie, 37, berada berhampiran parit berdekatan Sungai Nyelong sebelum didapati hilang, pada 12.55 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah, Rary Benjie berkata, bimbang sesuatu yang buruk menimpa mangsa, pengurus ladang menghubungi BBP Batu Niah pada 1 tengah hari bagi mencari mangsa.

"Sejurus menerima panggilan, tiga anggota bergerak ke lokasi kejadian untuk membantu usaha pencarian yang turut disertai anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Sarawak Forestry Corporation (SFC).

"Pasukan SAR hanya menemui motosikal mangsa, topi, kasut dan beg sandang digunakan mangsa di tepi sungai terbabit," katanya.

Rary berkata, pencarian hari ini dilakukan dalam radius satu kilometer ke hilir dan hulu sungai dari kawasan mangsa dikhuatiri hilang.

"SAR ditamatkan pada 6.30 petang, akan disambung esok," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2022 @ 11:13 PM