SANDI ditemui anggota bomba dalam kepenatan dan tidak bermaya.
SANDI ditemui anggota bomba dalam kepenatan dan tidak bermaya.
Erika George


Miri: Wanita warga emas yang sesat hampir lima jam di laluan pejalan kaki dekat ladang kelapa sawit Simpang Pakut di Lebuhraya Pan-Borneo, ditemui selamat malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binjie berkata, Sandi Utih, 81, ditemui keletihan dan tidak bermaya pada 8.36 malam.

"Menurut maklumat awal diterima, ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan pulang dari kediaman anaknya mengikut jalan belakang kebun kelapa sawit.

"Dia bergerak pada 4 petang, namun suami mangsa memberitahu anaknya yang mangsa masih tidak pulang meskipun hari beransur gelap dan anaknya kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk bantuan," katanya.

Difahamkan jarak rumah mangsa dan anaknya kira-kira 300 meter dan punca dia hilang belum dapat dipastikan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2022 @ 9:55 AM