BEKALAN elektrik terputus di kawasan Toshima, Tokyo, selepas gempa bumi melanda Jepun. FOTO REUTERS
BEKALAN elektrik terputus di kawasan Toshima, Tokyo, selepas gempa bumi melanda Jepun. FOTO REUTERS
BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter melanda kawasan berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada 10.35 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada kedudukan 79 kilometer (km) tenggara dari Sendai, Jepun dengan kedalaman 47km.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2022 @ 12:18 AM