LAUT Seram. FOTO Google Maps
LAUT Seram. FOTO Google Maps
BERNAMA

Jakarta: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 menggegarkan Laut Seram, Indonesia pada 10.42 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian itu berlaku di kedudukan 134 kilometer (km) barat laut dari Ambon, Indonesia dengan kedalaman 29 km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Jun 2021 @ 12:51 PM