FOTO hiasan.
FOTO hiasan.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda Kepulauan Kermadec, New Zealand awal pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi pada 3.28 pagi itu berpusat di 1,107 kilometer (km) timur laut dari Tauranga, New Zealand pada kedalaman 10 km.

Menurut kenyataan itu, MetMalaysia dalam penilaian awalnya mendapati gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 8:47 AM