TINJAUAN di pusat mengundi mendapati tidak ramai pengundi hadir mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Perumahan Tampoi 2. FOTO Nur Aisyah Mazalan
TINJAUAN di pusat mengundi mendapati tidak ramai pengundi hadir mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Perumahan Tampoi 2. FOTO Nur Aisyah Mazalan
Junita Mat Rasid


Johor Bahru: Sejumlah 40 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dalam tempoh enam jam selepas pusat mengundi dibuka 8 pagi hari ini.

Seramai 239 calon iaitu 202 lelaki dan 37 wanita daripada 11 parti politik dan Bebas bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor Ke-15.

Proses pengundian PRN Johor bermula jam 8 pagi membabitkan seramai 2,539,606 layak mengundi di 1,021 pusat mengundi, membabitkan 4,638 saluran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan prosedur operasi standard (SOP) di semua proses perjalanan pilihan raya iaitu proses cetakan dan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan kertas undi pos, semakan isi peti undi, sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.

Kerajaan Johor sebelum ini dilaporkan memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar, pada 21 Disember lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2022 @ 3:24 PM