GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Tujuh negeri mencatatkan peratusan pengisian katil kes kritikal Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri itu ialah Putrajaya dengan 83 peratus, Johor (65 peratus), Kuala Lumpur (65 peratus), Perlis (64 peratus), Kelantan (63 peratus), Selangor (62 peratus), dan Perak sebanyak 55 peratus.

Katanya, bagi katil bukan ICU, 12 negeri menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus iaitu Selangor dengan 117 peratus, Putrajaya (99 peratus), Perak (97 peratus), Kuala Lumpur (94 peratus), Perlis (92 peratus), Kelantan (83 peratus), Terengganu (76 peratus), Pahang (69 peratus), Sarawak (68 peratus), Johor (68 peratus), Pulau Pinang (57 peratus), dan Sabah sebanyak 52 peratus.

"Bagi katil Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) hanya satu negeri iaitu Melaka menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus iaitu 61 peratus.

"Pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 226 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator sebanyak 26 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pada masa sama, terdapat juga kes Covid-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

"Pada 5 Mac 2022, sebanyak 2,019 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital dengan 1,247 kes adalah dari kategori 1 dan 2 manakala 772 kes adalah kategori 3, 4, dan 5," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mac 2022 @ 10:51 AM