KEADAAN air mula melimpah salah sebuah kampung di Daerah Beluran, bermula pagi tadi. Foto Ihsan JBPM
KEADAAN air mula melimpah salah sebuah kampung di Daerah Beluran, bermula pagi tadi. Foto Ihsan JBPM
Hazsyah Abdul Rahman


Beluran: Beberapa kawasan termasuk enam kampung di daerah ini dinaiki air, hari ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lalu.

Berdasarkan maklumat awam, antara lokasi itu ialah Kampung Tolungan, Kampung Rancangan Cocos, Kampung Bakong-Bakong dan Kampung Nangoh

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastman Keladi berkata, setakat 3 petang ini, tiada penduduk dipindahkan dan belum ada panggilan kecemasan diterima.

"Hujan masih berterusan dan semua penduduk di daerah ini dinasihatkan berpindah lebih awal sekiranya keadaan semakin memburuk," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Sabah dilanda banjir disebabkan tiupan angin monsun timur laut pada hujung tahun lalu sehingga awal tahun ini.

Dalam kejadian berkenaan, enam daerah dilaporkan terjejas iaitu Sandakan, Telupid, Pitas, Kota Marudu, Paitan dan Beluran dengan lebih 30 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Februari 2022 @ 4:38 PM