LALUAN yang dinaiki air di Beluran. FOTO Ihsan Polis.
LALUAN yang dinaiki air di Beluran. FOTO Ihsan Polis.
Hazsyah Abdul Rahman


Beluran: Sebanyak 19 kampung di Telupid, Tagas-tagas dan Paitan terputus hubungan selepas laluan keluar masuk dinaiki air.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, enam kampung di Telupid iaitu Kampung (Kg) Perancangan, Kg Toniting, Kg Gana Jati, Kg Terasak, Kg Biru-biru dan Kg Berayung, manakala 10 lagi di Tagas-Tagas.

Katanya, kampung itu adalah Kg Talongan, Kg Bayok, Kg Klagan, Kg Lumatik, Kg Pisang, Kg Kamansi, Kg Bambangan, Kg Sualok, Kg Rungus dan Kg Cenderamata, sementara Kg Batangon Laut, Kg Batangon Darat dan Kg Puru Batu berada di Paitan.

RUMAH penduduk dilanda banjir. FOTO Ihsan Polis.
RUMAH penduduk dilanda banjir. FOTO Ihsan Polis.

Menurutnya, paras 11 sungai turut meningkat yang menyebabkan tiga jalan utama dilimpahi air iaitu Jalan Utama Kg Pinangkau, Jalan Kg Sokoon dan Jalan Estate Meridian Kg Tangkarason, tetapi ia masih boleh dilalui.

"Setakat ini sebanyak lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka iaitu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SM) Pamol menempatkan 13 mangsa, Dewan Kg Binsulung (25 mangsa), Dewan Kg Balaban (37 mangsa), Dewan Bakong-Bakong (lima mangsa) dan Dewan Rancangan Nangoh (21 mangsa)," katanya.

Kasim turut memberitahu 20 kampung dikategorikan sebagai titik panas banjir berdasarkan rekod sebelum ini, dengan hujan memburukkan lagi keadaan.

Beliau menasihati penduduk agar berwaspada dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 12:29 AM