KEMALANGAN membabitkan dua kenderaaan di Jalan Kluang-Batu Pahat. FOTO tular di media sosial
KEMALANGAN membabitkan dua kenderaaan di Jalan Kluang-Batu Pahat. FOTO tular di media sosial
Mohamad Fahd Rahmat


Kluang: Lelaki maut manakala dua lain cedera dalam kemalangan di Kilometer 33.5 Jalan Kluang-Batu Pahat dekat Ayer Hitam, 3.40 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa, Hammidon Abd Wahab, 58, meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mangsa memandu Perodua Bezza ditemani isterinya, 59, terbabit kemalangan dengan kereta Mazda dipandu oleh lelaki berumur 26 tahun.

"Siasatan mendapati mangsa dari arah Kluang menghala ke arah Batu Pahat telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan motokar Mazda berkenaan.

"Mangsa lain yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk dapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Februari 2022 @ 11:21 AM