Oleh Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Lebih 100 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 turun padang melakukan operasi membersih kawasan yang terkesan akibat ribut dan puting beliung di sini sejak semalam.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, setakat ini pasukannya sudah melakukan operasi pembersihan terhadap lebih 20 rumah yang terjejas akibat bencana alam itu.

"Seramai 56 anggota termasuk tiga pegawai turun melakukan operasi pembersihan di lokasi terjejas ribut di Kampung Tawas.

"Manakala hari ini kita meneruskan bantuan dengan menurunkan 51 orang lagi anggota ke lokasi ribut Taman Tasek Damai," katanya kepada pemberita ketika meninjau operasi bantuan di Kampung Tawas di sini, hari ini.

Nor Azizan berkata, pasukannya turut menumpukan rumah warga emas dan orang kurang upaya (OKU) untuk dibersihkan.

"Operasi pembersihan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan diteruskan berdasarkan keperluan mangsa sehingga semuanya selesai.

"Ini adalah khidmat sosial pasukan kepada masyarakat untuk memberi bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Februari 2022 @ 4:48 PM
Pegawai Pemerintah Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5, Ipoh, Superintendan Nor Azizan Yusof meninjau operasi bantuan yang dijalankan oleh anggota FRU Unit 5 Ipoh di Kampung Tawas hari ini. FOTO BALQIS JAZIMAH ZAHARI
Pegawai Pemerintah Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5, Ipoh, Superintendan Nor Azizan Yusof meninjau operasi bantuan yang dijalankan oleh anggota FRU Unit 5 Ipoh di Kampung Tawas hari ini. FOTO BALQIS JAZIMAH ZAHARI