GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kota Bharu: Bahagian enjin kereta api ekspres dari Tumpat ke Johor Bahru terbakar di Kampung Anok Machang, Sungai Keladi dekat Pasir Mas, 9.44 malam tadi.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Pasir Mas Shapawi Setapa berkata, kejadian kebakaran berpunca daripada enjin di bahagian hadapan kereta api yang membawa 13 gerabak penumpang itu dan berjaya dipadamkan, 1.44 pagi tadi.

"Dua jentera dari balai bomba dari Pasir Mas dan Tanah Merah serta turut dibantu anggota bomba sukarela Rong Chenok dan anggota polis daripada Balai Polis Tok Uban melibatkan kira-kira 30 orang.

"Kesemua penumpang seramai 180 orang berjaya diselamatkan dan tiada sebarang kecederaan berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Kereta api tersebut dibawa ke stesen Pasir Mas untuk tindakan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Februari 2022 @ 10:23 AM