GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 11,988,626 individu dewasa atau 51.2 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini sudah menerima suntikan dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 22,925,149 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.1 peratus atau 23,202,052 individu, menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,788,610 individu atau 88.6 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,867,859 individu atau 91.1 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, 13 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, dengan tiga masing-masing di Johor dan Kelantan, dua di Sabah dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Februari 2022 @ 8:59 AM