Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih mengesan pergerakan tanah di Lestari Perdana, Seri Kembangan di sini, susulan kejadian tanah mendap yang menyebabkan lima kenderaan rosak, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, anggotanya bersama polis ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan dan keselamatan penduduk.

"Ada sedikit (pergerakan tanah) tapi sekarang kerja pemasangan besi penahan sedang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan.

"Keadaan adalah terkawal. Pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Pejabat Tanah Petaling sudah mengambil tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

PEMANDANGAN udara sebahagian jalan runtuh mengakibatkan lima buah kenderaan rosak di Lestari Perdana, Seri Kembangan. FOTO Aizuddin Saad
PEMANDANGAN udara sebahagian jalan runtuh mengakibatkan lima buah kenderaan rosak di Lestari Perdana, Seri Kembangan. FOTO Aizuddin Saad

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, lima kenderaan rosak akibat kejadian tanah mendap di kawasan berhampiran longkang di Lestari Perdana.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 January 2022 @ 12:40 PM