JALAN Kinabalu, Kuala Lumpur, dibuka sepenuhnya untuk pengguna jalan raya bermula tengah malam tadi. FOTO Ihsan JSPT KL
JALAN Kinabalu, Kuala Lumpur, dibuka sepenuhnya untuk pengguna jalan raya bermula tengah malam tadi. FOTO Ihsan JSPT KL
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Laluan di Jalan Kinabalu yang sebelum ini ditutup akibat mendapan tanah dibuka sepenuhnya kepada pengguna jalan raya tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kerja pembaikan dan pemulihan jalan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selesai jam 11.50 malam tadi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999.

"Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan laluan di Jalan Kinabalu menuju ke arah Cheras ditutup untuk kegunaan awam berikutan kejadian tanah mendap.

Sarifudin dipetik berkata, insiden itu dikesan berlaku jam 10.30 pagi, Selasa lalu, di belakang Rumah Persekutuan di ibu negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 January 2022 @ 9:30 AM