GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Asrol Awang


Kuantan: Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad memaklumkan bahawa kerja pembersihan dan pembaikan di sepanjang Kilometer (KM) 77 hingga KM78 arah timur KLK siap dan sudah dibuka kepada pengguna sejak 3 pagi semalam.

Sehubungan itu, Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, pengguna lebuh raya yang ingin ke pekan Karak tidak perlu membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Karak.

Katanya, pengguna lebuh raya boleh meneruskan perjalanan seperti biasa untuk sampai ke destinasi masing-masing.

"Bagaimanapun pengguna yang menghala ke Kuala Lumpur dari Karak masih perlu melakukan pusingan U di Plaza Tol Karak.

"Pada masa ini, lorong kiri dan kanan menghala ke Kuala Lumpur dari KM66 hingga KM70 sudah dibuka sepenuhnya.

"Namun, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda arah keselamatan apabila menghampiri lorong kontra bermula dari Sungai Dua, di KM74.8 hingga KM77.3 untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memberi jaminan kepada orang ramai bahawa syarikat sentiasa dalam keadaan bersedia dan komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya kekal sebagai keutamaan.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT - Line di 09 5479111/1-700-818-700.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 January 2022 @ 10:39 AM