Pengerusi Persatuan Nelayan Johor Selatan Azli Mohd Aziz menunjukkan pencemaran di Sungai Masai. FOTO Arkib NSTP
Pengerusi Persatuan Nelayan Johor Selatan Azli Mohd Aziz menunjukkan pencemaran di Sungai Masai. FOTO Arkib NSTP
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Hasil ujian sampel sisa pencemaran Sungai Masai mendapati ia bukan bahan buangan terjadual sebaliknya bahan berasaskan makanan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Dr Mohd Famey Yusoff, berkata ia hasil analisis sampel sisa ditemui yang menyamai serbuk dan berwarna putih untuk dihantar ke Jabatan Kimia baru-baru ini.

Beliau berkata, siasatan bagi mengenal pasti punca bahan berkenaan masih diteruskan.

"Pegawai penyiasat bagi kes ini masih membuat siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca bahan terbabit.

"Ia bukan bahan buangan terjadual," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pencemaran di Sungai Masai yang berlaku pada pertengahan November lalu mengundang kebimbangan penduduk dan nelayan.

Selepas isu 'sungai hitam' berjaya ditangani beberapa bulan lalu, timbul pula tompokan putih pada sungai berkenaan yang dikesan.

Tompokan putih itu ketara di permukaan air dan ia menyamai tepung serta mengeluarkan bau busuk, malah tidak diketahui punca serta kesan akibatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Disember 2021 @ 12:44 PM