FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
BERNAMA

Jeli: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berjaya menyelamatkan 17 mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Baru Kuala Balah di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 10.50 pagi daripada orang awam yang menyatakan terdapat mangsa banjir terperangkap di dalam rumah.

"Operasi tersebut membabitkan 10 anggota dengan dibantu empat anggota Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) dari Kuala Balah dan dua dari Jeli.

"Kesemua mangsa telah diselamatkan dengan menggunakan bot bomba dan bot polis sebelum dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah, Jeli," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Disember 2021 @ 11:21 PM