Hanafiah Mat menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di Wisma Darul Iman hari ini. FOTO GHAZALI KORI
Hanafiah Mat menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di Wisma Darul Iman hari ini. FOTO GHAZALI KORI
Baharom Bakar


Kuala Terengganu: Sebanyak 37 kampung di seluruh negeri dijangka berdepan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar berserta hujan lebat yang berterusan mulai Jumaat ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri, Hanafiah Mat berkata, fenomena air pasar besar berserta hujan lebat dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan dilaporkan akan berterusan selama 10 hari sehingga 12 Disember ini.

"Antara kampung di daerah Besut yang dijangka dilanda banjir adalah Kampung Pengkalan Atap, Kampung Teluk Budu, Kampung Pantai dan Kampung Nail manakala di Setiu membabitkan Kampung Gong Batu, Kampung Pengkalan Gelap, Kampung Limau Nipis, Kampung Kuala Setiu, Kampung Fikri dan Kampung Telaga Papan.

"Di Kuala Nerus pula membabitkan Kampung Seberang Takir, Kampung Baru Seberang Takir, Kampung Ulu Takir, Kampung Pak Tuyu, Kampung Tanjung Gelam dan Kampung Pulau Rusa diikuti Kampung Kubang Ikan, Kampung Kuala Ibai dan Taman Purnama di Kuala Terengganu serta Kampung Merchang (Marang)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri berkata, 13 kawasan kampung dan kawasan yang terjejas di daerah Dungun adalah Kampung Kuala Paka, Kampung Tebing Tembah, Kampung Pinang Merah, Kampung Durian Mentangau, Kampung Sura, Kampung Seberang Pintasan, Kampung Teluk Bidara, Kampung Tanjung Jara, Kampung Che Lijah, Kampung Alur Makbah, Kampung Bijangga, Kampung Sungai Buaya dan Kampung Sungai Udang.

Katanya, kejadian fenomena air pasang besar turut dikesan di Kampung Baru Kemasik, Pulau Skepeng Kuala Kemaman, Pengkalan Cicar Bukit Kuang dan Kampung Bakau Tinggi.

"Semua penduduk yang tinggal di lokasi berkenaan dan berhampiran sungai serta pantai diminta sentiasa berwaspada.

"Orang ramai juga diingatkan tidak berkunjung ke pantai untuk menyaksikan fenomena air pasang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Disember 2021 @ 12:48 PM