Foto hiasan
Foto hiasan
Audrey Dermawan

Georgetown: Remaja antara antara 26 orang yang ditahan dalam serbuan selepas disyaki mengadakan parti liar di sebuah unit kondominium mewah di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra'ais berkata, pihaknya menyerbu kondominium itu pada 1.30 pagi selepas menerima maklumat mengenainya.

Menurutnya, terdapat seramai 26 orang di kondominium itu termasuk 11 perempuan berusia antara 13 hingga 21 tahun.

"Siasatan juga mendapati mereka menyewa kondominium pada harga RM500 sehari melalui media sosial untuk mengadakan parti itu.

"Soal siasat turut mendapati setiap perempuan itu dikenakan bayaran RM30 seorang, manakala lelaki pula perlu membayar RM50 untuk hadir ke parti terbabit," katanya.

Menurut Rahimi, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap kesemua mereka itu negatif dadah.

Katanya, pihaknya peralatan audio dalam serbuan berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 269 ​​Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

"Kami berterima kasih kepada orang ramai kerana memberi kami maklumat berkaitan parti itu.

"Kami mengalu-alukan orang ramai untuk terus bekerjasama dengan polis dalam usaha memerangi jenayah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 November 2021 @ 8:45 PM