ANGGOTA Bomba mengangkat jasad Mohd Nazri Musa yang ditemukan lemas. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA Bomba mengangkat jasad Mohd Nazri Musa yang ditemukan lemas. FOTO Ihsan Bomba
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Jasad Mohd Nazri Musa, 51, yang dipercayai terjatuh ke dalam parit berhampiran sungai di Taman Alor Rela, Langgar, di sini ditemukan lemas hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, jasad mangsa ditemukan jam 7.07 pagi dalam keadaan terapung pada jarak 17 meter dari lokasi mangsa terjatuh.

Beliau berkata, anggota menggunakan bot penyelamat untuk mengangkat jasad mangsa ke tebing sungai.

"Jasad mangsa diserahkan kepada pihak polis jam 7.57 pagi untuk tindakan lanjut.

"Pusat Kawalan Bomba (PKB) Alor Rela ditutup dan operasi tamat sepenuhnya jam 8 pagi hari ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian semalam, mangsa dipercayai bersama beberapa rakannya ke kawasan itu untuk menangkap ikan

Berita berkaitan:

  • Isteri tidak sedap hati, suami disyaki lemas
  • Lelaki jatuh sungai ketika menangkap ikan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Oktober 2021 @ 9:27 AM