ANTARA anggota bomba yang membantu dalam misi mencari mangsa di Tasik Gubir, di sini. FOTO Noorazura Abdul Rahman
ANTARA anggota bomba yang membantu dalam misi mencari mangsa di Tasik Gubir, di sini. FOTO Noorazura Abdul Rahman
Noorazura Abdul Rahman


Sik: Mayat mangsa lemas ketika keluar memancing di Tasik Gubir akhirnya ditemui terapung di Tasik Gubir jam 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, mangsa Othman Abdul Ghani, 49, ditemukan tidak jauh dari lokasi terakhir bot dikesan terbalik.

Katanya, mangsa ditemukan dalam keadaan lengkap berbaju serta beg pinggang masih di badan.

Sementara itu, Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Syobirin Abd Kadir, berkata anggota bomba menemui mangsa dalam jarak kira-kira 500 meter dari lokasi bot terbalik.

Katanya, anggota mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk proses membawa balik mangsa ke Jeti Pendaratan Ikan Gubir sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Bot mangsa tidak karam di mana ia ditemui dan ditambat oleh nelayan yang melakukan operasi pencarian sejak pagi semalam.

"Hari ini, kita turut membawa balik bot yang dinaiki mangsa yang ditambat di lokasi kejadian naik ke darat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Syobirin berkata Operasi dan menyelamat (SAR) sebelum itu menghadapi kesukaran kerana tiada liputan Government Integrated Radio Network (GIRN).

Sebelum ini, media melaporkan, mangsa terjatuh dari bot ketika keluar menangkap ikan bersama anak saudara, Muhammad Khairul Badri Mahyuddin, 28, pada petang kelmarin (Rabu).

Berita berkaitan:

  • 'Bapa saudara tidak tahu berenang'
  • Lelaki hilang, rakan selamat jatuh Tasik Gubir
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2022 @ 11:57 PM