Amir Mamat


Melaka: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, parti itu sedang berunding bersama Pakatan Harapan (PH) untuk pengagihan kerusi.

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman. FOTO Arkib NSTP
SYED Saddiq Syed Abdul Rahman. FOTO Arkib NSTP

"Rundingan masih berjalan dan kita akan umumkan (jumlah kerusi) yang akan kita tandingi nanti," katanya pada sidang medianya di Banda Hilir, di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul...

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Oktober 2021 @ 1:58 PM