SEBUAH gudang menyimpan barangan runcit di Taman Anggerik terbakar. FOTO ihsan bomba
SEBUAH gudang menyimpan barangan runcit di Taman Anggerik terbakar. FOTO ihsan bomba
Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


Baling: Sebuah gudang menyimpan barangan runcit di Taman Anggerik, di sini, dilaporkan terbakar, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.15 malam.

Beliau berkata, operasi membabitkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling dan Amanjaya sejurus menerima maklumat berhubung kejadian itu.

"Operasi pemadaman dilakukan dengan bantuan BBP Kulim Hi Tech dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

"Operasi masih berjalan setakat ini dan jentera tangki dari BBP Kulim Hi-Tech dan BBP Amanjaya diarahkan ke lokasi kebakaran," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 11:16 PM