Sewaktu PKP, orang ramai tidak dibenarkan untuk keluar jadi tiada pelanggan yang datang ke restoran. - FOTO Wadi Hana Elarabi.
Sewaktu PKP, orang ramai tidak dibenarkan untuk keluar jadi tiada pelanggan yang datang ke restoran. - FOTO Wadi Hana Elarabi.
Nur Amirah Abd Rani

UMUM mengetahui golongan usahawan antara entiti perniagaan paling terkesan dengan krisis pandemik Covid-19 sejak tahun lalu. 

Landskap pemasaran sebelum ini tertumpu kepada pemasaran secara tradisional dan kesedaran terhadap literasi pemasaran digital juga masih rendah. 

Mendepani Covid-19, perubahan ketara dapat dilihat menerusi kehidupan norma baharu. 

Oleh itu, usahawan dan peniaga perlu bijak mengatur strategi baharu untuk memulihkan keadaan perniagaan masing-masing serta bersedia berdepan dengan pelbagai kemungkinan pada hari mendatang. 

Ikuti perkongsian pengasas dan pemilik restoran Wadi Hana Elarabi, Faizawati Anwary antara individu yang turut terjejas apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.  

Restoran Wadi Hana Elarabi mula beroperasi sejak tahun 2013 dan idea untuk memulakan perniagaan nasi Arab bermula apabila arwah bapa Faizawati memberi galakkan dan kesukaran mereka untuk menikmati makanan Arab pada ketika itu menjadi salah satu inspirasi untuk beliau memulakan bisnes ini. 

Bercakap mengenai menu utama yang menjadi kegemaran pelanggan adalah Nasi Mandy, Nasi Maklobah dengan pilihan ayam atau kambing yang diimport dari New Zealand. 

ImageSet dulang keluarga Nasi Maklobah dan Nasi Mandy dengan pilihan kambing dan ayam

Selain Nasi Arab, Pizza, dan Shawarma, pencuci mulut seperti Kunafa, Um Ali Baklava juga adalah antara tarikan utama pelanggan yang hadir ke Wadi Hana Elarabi. 

"Restoran kami menggunakan konsep makan di dalam dulang, jadi konsep ini sangat menarik sehingga pelanggan dari bangsa lain juga tertarik untuk mencuba pengalaman unik ini. 

"Sewaktu di awal perniagaan, saya tidak meletakkan fokus kepada servis penghantaran makanan kerana aspek utama yang saya titik beratkan adalah servis dan kualiti makanan yang dihidang kepada pelanggan dine-in atau bungkus," katanya. 

Menurutnya, servis penghantaran ada dilaksanakan, tetapi hanya tertakluk kepada kelapangan dan juga setiap tempahan harus dibuat sehari lebih awal dan memiliki jumlah minimum seperti 20 bungkus. 

"Saya memang tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan terutama mereka yang tinggal di luar kawasan dari Bandar Baru Uda di mana restoran saya beroperasi. 

Lebih merunsingkan, sewaktu PKP, orang ramai tidak dibenarkan keluar jadi tiada pelanggan datang ke restoran. 

"Jadi kita sudah hilang pelanggan yang biasanya datang ke kedai berkumpul untuk santai bersama keluarga. 

Syarikat penghantaran kini rakan kongsi

ImageProses penghantaran menggunakan servis Lalamove untuk pelanggan di luar kawasan 

Sewaktu PKP, Faizawati perlu menyewa dua kenderaan untuk membuat penghantaran kepada pelanggan yang menyebabkan mereka kekurangan pekerja untuk menguruskan kedai. 

"Operasi restoran jadi kelam kabut dan lambat, pada masa sama kami banyak keluarkan perbelanjaan untuk menyewa kereta. 

"Saya sangat teruja apabila mendapat tahu bahawa Lalamove ada menawarkan servis penghantaran tanpa perlu caj tambahan terhadap harga makanan. 

"Dengan menggunakan aplikasi Lalamove, saya boleh mengambil pesanan dalam jumlah yang banyak secara langsung tanpa perlu risau tentang proses penghantaran," katanya. 

Tambahnya, beliau bersyukur kerana tidak perlu menguruskan penghantaran secara sendiri kerana kini Lalamove menjadi salah satu rakan perniagaan secara tidak langsung. 

"Saya tidak perlu pening kepala untuk fikir cara untuk memenuhi permintaan pelanggan dari kawasan jauh seperti Kulai, Senai, Kangkar Pulai. 

"Bebanan saya juga berkurang apabila dapat menyerahkan tugasan penghantaran kepada syarikat Lalamove yang boleh dipercayai untuk melaksanakan tugas bagi pihak saya dengan harga berpatutan," katanya. 

Nasihat Wadi Hana buat peniaga

ImagePuan Faizawati dan suami, Mohammed SJ Qudaih

Mengambil pendekatan untuk mengubah bentuk perniagaan yang mengikuti keadaan semasa, Faizawati mula mengadaptasi servis penghantaran makanan dalam urusan bisnes seharian melalui Lalamove. 

Pandemik menyebabkan berlakunya perubahan tabiat dan cara hidup seharian orang ramai. 

Kewujudan akses internet dan telefon pintar membantu orang ramai menyesuaikan diri sepanjang pandemik walaupun mereka tidak boleh keluar, mereka masih boleh memesan makanan dan membeli belah secara dalam talian. 

Oleh itu, amat penting bagi golongan usahawan melakukan perubahan untuk mula berubah ke arah pendigitalan seperti memasarkan serta mengiklankan kedai atau produk jualan mereka secara dalam talian. 

Peluang untuk capai kepada pelanggan sasaran yang lebih luas sangat kurang sekiranya peniaga tidak mahu berubah dan terus berniaga secara konvensional. 

"Sejak menggunakan servis penghantaran Lalamove, urusan perniagaan saya dapat berjalan dengan lebih lancar kerana menjimatkan kos dan kini kami menerima tempahan secara on-demand. 

Faizawati berkata amat penting untuk peniaga untuk memiliki kewujudan dalam media sosial berbanding dengan pendekatan secara konvensional mungkin pelanggan adalah mereka pelanggan biasa. 

Untuk memperluaskan liputan dan pengetahuan ramai mengenai restoran atau bisnes, peniaga perlu tahu cara untuk mempromosi produk untuk mendapatkan pelanggan baharu. 

"Nasihat saya bagi semua pemilik restoran, saya amat mengesyorkan anda untuk menggunakan perkhidmatan daripada Lalamove kerana kebolehupayaan mereka untuk memenuhi permintaan penghantaran secara terus tanpa komisen atau caj tambahan. 

Jika anda ingin tahu bagaimanakah bisnes anda boleh dimanfaatkan dengan perkhidmatan Lalamove seperti yang dicapai oleh Restoran Wadi Hana, sila layari  laman sesawang Lalamove.

ImageRestoran Wadi Hana tampil dengan sentuhan konsep negara Timur Tengah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Oktober 2021 @ 1:19 PM