Nurshafika Suhaimi

MALAYSIA adalah sebuah negara yang terkenal dengan jolokan 'syurga makanan' kerana rakyatnya yang berbilang kaum.

Lazimnya, ia disediakan mengikut tradisi pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini disediakan sebagai hidangan harian di Malaysia.

Namun, jika dilihat hari ini, makanan tradisi dan warisan kian dilupakan kerana jarang didedahkan kepada masyarakat serta kurang pemasaran meluas.

Lebih menyedihkan, segelintir generasi baharu lebih memilih makanan luar dan segera (fast food) kerana cepat dan mudah didapati.

Sempena meraikan warisan tempatan, Harian Metro berpeluang menemu bual dua pemilik restoran tempatan yang masih mengekalkan resipi dan ramuan asli peninggalan nenek moyang mereka.

ImageNyonya Laksa dan Cendol merupakan antara menu makanan menjadi kegemaran pelanggan di Baba Low - FOTO Baba Low

Sudah beroperasi lebih 16 tahun, hidangan Peranakan (Baba Nyonya) di restoran Baba Low pasti membawa kejutan menggembirakan kepada deria rasa anda. 

Tidak seperti masakan lain, masakan Baba Nyonya Melaka mempunyai keistimewaan sendiri apabila ramuan asli mereka diperkaya dengan rasa rempah tempatan halus, sekali gus menepati cita rasa rakyat Malaysia.

Victor Low, 45, pemilik restoran Baba Low, berkata, antara keistimewaan restorannya adalah semua menu Baba Nyonya yang kebiasaannya hanya terdapat di majlis atau perayaan tertentu boleh didapati di sini.

"Kami meneroka dua gaya masakan yang berbeza di setiap cawangan restoran kami iaitu masakan Nyonya Penang dan Nyonya Melaka.

"Paling penting adalah kami tetap setia menggunakan ramuan asli bagi mengekalkan rasa yang sama pada makanan," katanya

Tambah beliau lagi, kebanyakan pelanggan yang makan di restorannya mengakui makanan itu mengingatkan mereka berkaitan makanan dari zaman kanak-kanak atau kampung halaman.

"Bagi penduduk Melaka yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, pasti merasa jauh dari rumah. Bagi pelancong dan orang asing, ini adalah peluang untuk menikmati makanan Malaysia yang berbeza dan unik," ujarnya

Restoran Lepau menyajikan makanan warisan Sarawak

ImageAyam Pansuh dimasak dalam buluh menggunakan api arang(kanan), Nasi Goreng Khas Lepau dihidang bersama daun ubi kayu Ayam Pansuh (kiri) - FOTO Restoran Lepau

Terletak di Jalan Ban Hock, Restoran Lepau semestinya antara tempat wajib perlu anda singgah jika berkunjung ke Kuching, Sarawak. 

Bagi pemiliknya, Marichelle Livan Lah, beliau mengambil keputusan memulakan perniagaan pada tahun 2014 selepas didorong oleh semangat dan cinta terhadap warisan makanan Sarawak.

Antara menu menarik di Restoran Lepau adalah Ayam Pansuh yang masih menggunakan kaedah tradisional yang sukar didapati kini.

"Kami masih menyiapkan Ayam Pansuh menggunakan api buluh dan arang dan kebanyakan sumber bahan tempatan kami dari kampung untuk mengekalkan keasliannya.

"Selain itu, kami menyajikan masakan etnik tradisional Sarawak yang asli menggunakan resipi turun temurun," katanya.

Antara rahsia kejayaan perniagaan mereka selain rasa enak, adalah kaedah tradisional yang digunakan dalam setiap masakan di restorannya.

"Pada mulanya, agak sukar untuk memperkenalkan rasa dan hidangan etnik kepada penduduk tempatan yang berasal dari pelbagai bangsa dan latar belakang gastronomi. 

"Namun, selepas menyesuaikan resipi mengikut citarasa semua, Lepau dapat memikat hati pelanggan yang mengunjungi kami dan kini Lepau menjadi salah satu restoran 'Harus Dilawati' ketika di Kuching," kongsi Marichelle

Pandemik memberi impak besar

Berhadapan dengan cabaran pandemik bukanlah perkara mudah, begitu juga kepada dua pengusaha tempatan ini.

Bagi Victor Low sendiri, beliau berharap pelanggan akan terus menyokong dan kembali ke restorannya kerana sejak pandemik perniagaan semakin kurang. 

"Perniagaan tidak baik. Sebenarnya hampir tidak ada orang datang ke restoran kerana kebiasaannya orang ramai makan bersama rakan dan keluarga mereka.

"Kami berharap pelanggan akan kembali sebaik sahaja mereka selamat. Kerana anda tidak boleh membiarkan manusia dikurung selama-lamanya," ujarnya.

Meskipun begitu, Victor Low bersyukur dengan inisiatif yang dibuat oleh pihak GrabFood membantu perniagaannya berjalan lancar dalam tempoh sukar ini.

"Biarpun tidak semeriah dahulu, namun perniagaan kami bertambah baik dengan adanya medium penghantaran makanan aplikasi GrabFood.

"Malah, aliran tunai kami juga bertambah baik, sekaligus membantu kami untuk bertahan dalam perniagaan dan kekalkan pekerja di restoran," katanya 

Manakala, bagi Marichelle, pandemik ini sangat mengejutkan beliau memandangkan restoran mereka sudah ditempah di kebanyakan malam pada bulan Januari dan Februari 2020. 

"Namun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP1) diumumkan, kami seperti hilang arah, melayang tanpa tujuan menunggu wabak itu berakhir.

Meskipun begitu, beliau bersyukur dan mula belajar secara beransur-ansur dari perniagaan lain iaitu secara atas talian (online).

"Kami mengubah strategi perniagaan kami dengan memindahkan pemasaran kami ke platform dalam talian seperti GrabFood, aktif di laman media sosial kami dan menerapkan budaya 'tapau'.

"Hari ini, perniagaan tidak sehebat yang kita harapkan dan pasti tidak lebih baik daripada pra-Covid, tetapi kita bertahan dan berusaha dan fokus untuk menjalani masa-masa sukar ini sebagai satu pasukan," katanya

Grab perkenal program bantu peniaga makanan

ImagePrihatin dengan nasib peniaga kecil dan tradisional, Grab memperkenalkan program GrabFood Small Business  bagi membantu peniaga kecil menyesuaikan diri dengan peningkatan permintaan perkhidmatan penghantaran. 

Di bawah program ini, Grab Malaysia dengan sokongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut melancarkan kempen 'Minggu Peniaga Kecil'.

Usaha itu sejajar dengan matlamat kementerian untuk membantu perniagaan mendepani cabaran semasa disamping menggalakkan peniaga berkembang ke arah ekonomi digital.

Pihak Grab juga berharap agar kempen 'Minggu Peniaga Kecil' pada bulan September ini dapat memberi manfaat kepada hampir 39,000 perniagaan kecil. 

Kini, ​​rakyat Malaysia juga dapat menyokong perniagaan kecil mereka dengan memesan melalui GrabFood dan nikmati potongan 30% untuk pesanan melebihi RM20 apabila anda menggunakan kod promo PENIAGAKECIL pada 24 September 2021 hingga 30 September 2021.

Sokongan anda membantu peniaga dalam tempoh pandemik ini memainkan peranan besar untuk mereka terus bertahan menyajikan makanan tradisi dan warisan sepanjang zaman. 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 September 2021 @ 9:26 AM