Honda Impian X berfungsi sebagai kedai komprehensif eksklusif yang menawarkan perkhidmatan 4S “Sales, Service, Spare Parts, Safety Riding” untuk pelanggan.  -  FOTO Boon Siew Honda
Honda Impian X berfungsi sebagai kedai komprehensif eksklusif yang menawarkan perkhidmatan 4S “Sales, Service, Spare Parts, Safety Riding” untuk pelanggan. - FOTO Boon Siew Honda
Nur Amirah Abd Rani

BAGI pemilik atau peminat motosikal, jenama Honda antara jenama yang sentiasa menjadi pilihan ramai bukan sahaja untuk urusan pembelian tetapi termasuk mendapatkan servis selepas jualan dan aksesori.

Sepanjang 65 tahun beroperasi, Boon Siew Honda bukan hanya menyediakan produk dan jenama yang kukuh serta memenuhi  keperluan pengguna, malah Boon Siew Honda juga komited memberikan perkhidmatan serta khidmat nasihat terbaik kepada semua pelanggannya pada kos mampu milik. 

Bagi memenuhi permintaan pasaran, selaras dengan keperluan dan kehendak pengguna semasa, Boon Siew Honda memperkenalkan bilik pameran - Honda Impian X pada Januari  2018 di Johor, dengan menawarkan motosikal berkapasiti 250 cc ke bawah. 

Boon Siew Honda menyediakan 80 kedai Honda Impian X di serata Malaysia menjelang suku pertama tahun 2022 serta perkembangan Honda Impian X akan dipergiatkan lagi untuk kemudahan pelanggan.

Pusat sehenti selesa

ImageBilik pameran Honda Impian X direka bentuk bagi memaparkan imej industri, berkonsep moden dan estetik jalan raya. - FOTO Boon Siew Honda

Bilik pameran Honda Impian X turut mempamerkan pelbagai jenis model termasuk kapcai, skuter dan juga motosikal berkapasiti 250cc bagi memudahkan urusan pelanggan untuk memilih dan membeli model kegemaran mereka. 

Selain, pelanggan akan dibantu oleh perunding jualan terlatih yang akan  memperkenalkan dan menerangkan setiap fungsi produk (motosikal) dan servis ditawarkan. Dengan ini, pembeli dapat membuat pilihan yang betul dan tepat.

Pusat servis unggul

ImageSetiap servis dan penyelenggaraan di Honda Impian X akan dikendalikan oleh juruteknik yang terlatih dengan menggunakan alat diagnostik. – FOTO Boon Siew Honda.

Pelanggan tidak perlu risau kerana sebarang servis dan penyelenggaraan di Honda Impian X dijamin ketulenan alat gantinya. 

Selain itu, Honda Impian X turut dilengkapi dengan peralatan yang memenuhi piawaian Boon Siew Honda.  

Alat diagnostik canggih juga tersedia yang mana diagnosis segera boleh dilakukan ke atas komponen elektronik dan sistem suntikan bahan api (PGM-FI). 

Pelanggan boleh mendapat maklumat tepat mengenai kerosakan komponen pada motosikal milik mereka melalui proses ini.

Kawasan penyelenggaraan Honda Impian X adalah berkonsep terbuka dan pemilik dapat memerhati motosikal kesayangan mereka sewaktu diperbaiki di ruangan menunggu berhawa dingin dengan kemudahan WiFi dan minuman. 

'Merchandise' Honda  dan aksesori

ImageProduk eksklusif Honda dan aksesori tersedia untuk anda. – Foto Boon Siew Honda

Berita baik buat semua peminat Honda! Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai produk eksklusif di Honda Impian X dengan harga berpatutan seperti t-shirt, topi, helmet, baju hujan dan lain-lain. 

Maka tidak hairanlah sekiranya niat untuk sekadar 'window shopping' menjadi rambang mata apabila produk yang ditawarkan cukup menggugat jiwa.

Percaya atau tidak, bilik pameran Honda Impian X ini turut menawarkan keselamatan sebagai keutamaan kepada setiap pelanggan. 

Oleh itu, setiap pelanggan yang membuat pembelian motosikal baharu akan menerima tips serta nasihat keselamatan pra-penghantaran (PDSA) ketika proses penghantaran motosikal.

Sesiapa yang berminat untuk membeli motosikal baharu, produk eksklusif Honda atau mendapatkan perkhidmatan servis dan penyelenggaraan bagi motosikal  persendirian anda boleh mengunjungi ke Honda Impian X berhampiran yang terdapat di seluruh Malaysia!

Untuk maklumat lanjut dan terkini, layarilah laman sesawang di https://boonsiewhonda.com.my/en/find-a-dealer/ atau ikuti media sosial rasmi Honda di Facebook (Honda Motorcycle Malaysia).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 January 2022 @ 3:13 PM