Semangat Dr Hidayah tidak putus walaupun dihujani ujian ketika menghabiskan pengajian. - FOTO Dr Roket
Semangat Dr Hidayah tidak putus walaupun dihujani ujian ketika menghabiskan pengajian. - FOTO Dr Roket
Muhamad Shaifullah Tayep

SETIAP umat Islam diwajibkan menuntut ilmu kerana kedudukan orang yang berilmu disisi Allah adalah lebih tinggi.

Namun, mendepani cabaran menuntut ilmu tidaklah mudah seperti yang disangka, lebih-lebih lagi pendidikan tahap lebih tinggi.

Tidak semua orang mampu menempuh dugaan melanjutkan pengajian dalam peringkat ijazah atau ijazah kedoktoran kerana tekanan, selain bebanan kerja dan tanggungan keluarga.

Namun, segalanya bukanlah mustahil buat Dr Hidayah Ahmad Azam yang mampu menghabiskan pengajian peringkat PhD biarpun mengambil masa selama tujuh tahun.

Image

Malah, setiap tahun perjalanan PhD beliau dikurniakan cahaya mata menjadikan suri rumah yang berasal dari Melaka ini kini mempunyai tujuh orang anak.

Kongsi Dr Hidayah dalam dokumentari terbitan Dr Roket Production, dugaan beliau untuk menghabiskan pengajian mula terasa apabila melahirkan anak keempat.

Tidak mampu untuk membahagikan masa antara keluarga dan menyiapkan tesis, beliau terpaksa menangguhkan pembelajaran kerana melahirkan selain mengerjakan ibadah Haji pada November 2012.

"Perjalanan saya menuntut ilmu sedikit perlahan kerana Tuhan mengurniakan saya rezeki dalam bentuk yang lain tahun demi tahun.

"Namun, ia tidak mudah apabila saya perlu menjalani pembedahan pembuangan tiroid akibat hormon tidak stabil ketika melahirkan anak kelima.

Image

"Anak keenam yang merupakan sindrom down pula perlu dibedah segera kerana jantung anak sudah lemah dan perlu menjalani terapi selama dua tahun.

"Anak ketujuh pula boleh dikatakan nyawa kami hujung-hujung tanduk kerana doktor sahkan saya mengalami plasenta previa tahap empat dan perlu duduk di wad selama tiga bulan," katanya.

Namun, selama tiga bulan berada di wad Dr Hidayah tidak putus harapan sebaliknya mengisi masa lapang dengan mengumpulkan data berbekalkan komputer riba dan sambungan internet oleh suaminya.

"Ini saja saya boleh buat sepanjang berada di wad selain berkawan dengan jururawat di sana sehinggakan berkongsi ilmu menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana untuk sesiapa yang berminat," katanya.

Image

Biarpun Dr Hidayah dan suaminya pernah tinggal dan belajar di Universiti Oxford, England kerana mengikuti jejak langkah ibu bapanya, tidak bermakna perjalanan beliau untuk menghabiskan PhD lancar tanpa sebarang dugaan.

"Dalam pengajian PhD, kalau tiada tunjuk ajar tumpuan pun boleh hilang. Seterusnya, lemah semangat dan mampu melanjutkan tempoh pengajian kerana lambat menyiapkan tesis," katanya.

Dr Hidayah kini pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Islam, Universiti Al-Azhar,

Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam bidang kewangan dan Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang sumber manusia.

Image

Disebalik kejayaan Dr Hidayah yang berjaya menamatkan pengajian dalam peringkat PhD, beliau berkongsi sokongan program seminar Nak Ubah Tesis (NUT) yang dihadiri pada 28 Disember 2019 bersama suami yang juga merupakan pelajar PhD dalam bidang nuklear, aktivis masyarakat dan jurutera kanan Petronas, Ts Ir Mohd Khousaini Mohd Naim banyak membantu dirinya yang bergelut dengan cabaran setiap hari.

Diasaskan oleh Dr Hj Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri atau lebih dikenali sebagai Dr Roket, Nak Ubah Tesis adalah program yang diinspirasikan untuk membantu pelajar pasca siswazah menguruskan pengajian mereka melalui formula dan strategi R.O.K.E.T.

Terutamanya mereka yang banyak komitmen, sibuk, tiada masa dan mudah hilang fokus menulis tesis untuk menguruskan pengajian mereka sejak dari awal sebelum mendaftar sehinggalah kepada isu kritikal hampir menamatkan pengajian.

Ini adalah satu-satunya program pengurusan tesis yang pertama di Malaysia dan Dunia. Tesis Master PhD berkualiti boleh disiapkan kurang daripada enam bulan.

"Saya kenal Seminar Gempur (Nak Ubah Tesis-NUT) ini melalui kawan pada tahun 2019. Kalau suami tak pujuk, beri galakan dan tolong isikan borang saya rasa saya tidak sampai ke tahap ini," katanya.

Biarpun asalnya ragu-ragu dengan keberkesanan modul dan formula tulis tesis cepat oleh Dr Roket untuk menyiapkan tesis berkualiti kurang daripada enam bulan, keputusan dan dorongan suami untuk menyertai program Platinum Dr Roket di saat akhir tidak mengecewakan.

"Banyak yang saya belajar sepanjang menyertai Platinum Dr Roket ini dan ia lebih daripada penulisan tesis. Dengan formula, tips, panduan, serta bagaimana untuk fokus dan menyeimbangkan antara kehidupan dan pengajian PhD," katanya.

Muat turun e-book 31 panduan Dr Roket di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 September 2021 @ 1:36 PM