ANGGOTA bomba menjalankan kerja menyelamat lelaki yang terperangkap di seberang sungai akibat fenomena kepala air, hari ini. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba menjalankan kerja menyelamat lelaki yang terperangkap di seberang sungai akibat fenomena kepala air, hari ini. FOTO ihsan bomba
Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor: Seorang lelaki terperangkap hampir 20 minit di seberang sungai dekat Rumah Hutan Bonda Rozita, Jalan Batang Kali - Genting, di sini, akibat fenomena kepala air, hari ini.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa berusia 30-an dipercayai sedang mandi di kawasan berkenaan.

Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya diselamatkan anggota bomba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.40 petang.

Beliau berkata, tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dapati seorang lelaki terperangkap di seberang sungai semasa mandi ekoran fenomena kepala air.

"Operasi menyelamatkan mangsa mengambil masa kira-kira 20 minit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 September 2021 @ 5:50 PM