GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di empat lokaliti di Pahang dan Sabah selama 14 hari bermula Isnin ini hingga 3 Oktober.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan jangkitan Covid-19 di lokaliti itu.

Menurutnya, PKPD di Lembah Bertam, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands, Pahang membabitkan Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong, manakala Sabah di Kampung Tamu Darat, Kota Belud.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini.

"PKPD di tiga lokaliti di Sabah, Kedah dan Perak pula akan ditamatkan esok mengikut jadual," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lokaliti itu membabitkan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kota Kinabalu, dua zon dalam Mukim Kuala Kedah, Kota Setar serta Penjara Tapah termasuk kuarters di Batang Padang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 5:57 PM