FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Empat lokaliti di Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula 2 hingga 15 September ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 di lokaliti itu.

Menurutnya, PKPD di Sabah membabitkan Kampung Narawang dan Kampung Mininsalu Baru (Pasir Putih) di Ranau.

"PKPD di Pahang pula membabitkan mukim Bebar, Pekan iaitu Kampung Badong Dalam dan Kampung Permatang Durian.

"Sementara itu, PKPD di Taman Ria Height, Tawau, Sabah yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan 14 hari lagi bermula 2 September hingga 15 September ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rodzi berkata, PKPD di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh, Ladang Selbourne, Mukim Gua, Lipis, Pahang pula ditamatkan bermula esok.

"Selain itu, PKPD di Sabah iaitu Kampung Paya-Payas, Kota Belud; Beverly Hills Fasa 3, Regency Park di Penampang dan Kampung Iburu serta Kampung Meligan di Sipitiang ditamatkan bermula esok.

"PKPD turut ditamatkan bermula esok di Kompleks Baiduri Ayu, Felda Sahabat 9, Lahad Datu; Perumahan Pekerja Ladang Moynod 1, Beluran, Sabah," katanya.

Beliau berkata, Kampung Kelambai, Kampung Kelambai Kupang dan Kampung Kelambai Dundau, Kota Belud, Sabah turut ditamatkan PKPD bermula esok.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Ogos 2021 @ 7:04 PM