ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memadamkan kebakaran tiga rumah di Jelutong Barat.  FOTO Ihsan JBPM
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memadamkan kebakaran tiga rumah di Jelutong Barat. FOTO Ihsan JBPM
Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Tiga rumah penduduk di Jelutong Barat, di sini, dilaporkan musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Difahamkan, kebakaran itu menyebabkan 80 peratus kemusnahan membabitkan semua rumah berkenaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak Ahmad Tanusi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.56 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi memadamkan api turut mendapat bantuan anggota dari BBP Lebuh Pantai dan Bagan Jermal.

"Ketika tiba di lokasi, didapati api cepat merebak berikutan kedudukan rumah yang rapat selain diperbuat daripada kayu.

"Api berjaya dikawal kira-kira 35 minit kemudian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran berkenaan.

Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya pada 5.17 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 9:53 AM