KEADAAN rumah kedai di Jalan Kapar selepas api berjaya dipadamkan anggota bomba. FOTO Ihsan JBPM Selangor.
KEADAAN rumah kedai di Jalan Kapar selepas api berjaya dipadamkan anggota bomba. FOTO Ihsan JBPM Selangor.
Ruwaida Md Zain


Klang: Sepuluh individu yang menyewa tingkat atas sebuah rumah kedai di Jalan Kapar di sini, sempat menyelamatkan diri selepas premis itu terbakar hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 12.56 tengah malam tadi dan dimaklumkan semua mangsa sedang tidur ketika menyedari berlakunya kebakaran.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi dan tiba pada 1.02 pagi, sebelum mendapati api marak di bahagian atas bangunan kelas A.

"Kerja pemadaman segera dilakukan dan api berjaya dikawal daripada merebak pada 1.20 pagi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Norazam berkata, 10 individu itu yang terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita warga Indonesia berjaya keluar sebelum ketibaan anggota.

"Tiada kecederaan jiwa dilaporkan dan operasi ini turut dibantu BBP Kota Raja, BBP Andalas dan BBP Kapar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Oktober 2021 @ 11:55 AM