FAIRUZ (tiga kanan) bersama sukarelawannya merakamkan gambar musim Sakura bersama Jalur Gemilang dan bendera Negeri Johor di bandar Segamat. FOTO Ahmad Ismail.
FAIRUZ (tiga kanan) bersama sukarelawannya merakamkan gambar musim Sakura bersama Jalur Gemilang dan bendera Negeri Johor di bandar Segamat. FOTO Ahmad Ismail.
Ahmad Ismail


Segamat: Menyambut Hari Kebangsaan dalam keadaan negara berdepan pandemik memberi kesedaran kepada sukarelawan Medic Iltizam Ambulance Daerah Segamat untuk menghargai erti sebenar kemerdekaan.

Pengendali Medic Iltizam Ambulance Segamat, Fairuz Yahya, 50, berkata, walaupun berdepan bebanan tugasan, namun mereka bersyukur kerana masih tinggal dalam negara yang aman damai dan harmoni walaupun berbilang kaum.

"Jika sebelum ini kita selalu alpa dengan nikmat kebebasan pasca kemerdekaan dan menjalani rutin harian bersama keluarga seperti biasa.

"Apabila berlaku sekatan pergerakan seolah zaman darurat dalam tempoh lama, ia membuatkan sesama kita lebih menghargai erti kebebasan, sekali gus menghargai maksud sebenar kemerdekaan negara," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu, anggota sukarelawan Medic Iltizam Ambulance Daerah Segamat merakamkan gambar musim bunga Sakura, di sekitar bandar Segamat bersama Jalur Gemilang bagi sempena Hari Kebangsaan ke-64 negara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 September 2021 @ 5:51 PM