Nelayan Kuala Kangkong meraikan hari kebangsaan dengan cukup bermakna pada tahun ini dengan mengambil peluang menyertai Program Bot Berhias yang dianjurkan penduduk setempat sempena Hari Kemerdekaan ke-64 hari ini. FOTO IZZALI ISMAIL
Nelayan Kuala Kangkong meraikan hari kebangsaan dengan cukup bermakna pada tahun ini dengan mengambil peluang menyertai Program Bot Berhias yang dianjurkan penduduk setempat sempena Hari Kemerdekaan ke-64 hari ini. FOTO IZZALI ISMAIL
Izzali Ismail


Alor Setar: Kira-kira 40 nelayan mempunyai cara tersendiri menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 apabila mengadakan perarakan bot berhias di jeti Kuala Kangkong, di sini, hari ini.

Pada perarakan itu, 11 bot nelayan dihias Jalur Gemilang dengan pemilik bot mengenakan pakaian tradisi seperti baju Melayu, tanjak serta berkain pelikat bagi membangkitkan semangat kemerdekaan.

Penganjur program, Abu Bakar Saad, 66, berkata program bot berhias itu sudah lama dirancang pihaknya, namun disebabkan tiada lokasi sesuai, faktor kewangan dan perancangan, ia tidak dapat direalisasikan ketika itu.

"Ini kali pertama kami mengadakan perarakan bot hiasan bertemakan Hari Kebangsaan selepas pelantar jeti di sini siap dibina kira-kira 15 bulan lalu.

"Kami mengumpul 11 bot dan hampir 40 nelayan terbabit menjayakan program dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan," katanya ketika ditemui.

Abu Bakar berkata, bot berkenaan berarak sejauh dua kilometer dan bot tercantik turut diberi hadiah penghargaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Ogos 2021 @ 3:21 PM