Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Pertemuan tertutup antara Datuk Seri Ismail Sabri dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di sebuah hotel di sini, malam ini, tidak membincangkan isu pembentukan kabinet.

Memaklumkan perkara itu, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, pertemuan berkenaan sekadar perjumpaan sesama pemimpin parti dan mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden Umno itu atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

"Tidak menyentuh mengenai pembentukan kabinet, tiada satu perkataan pun mengenai kabinet," katanya ketika ditemui selepas selesai perjumpaan itu.

Terdahulu, sesi berkenaan berlangsung dua jam yang dihadiri antaranya, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin; Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan beberapa ahli parlimen lain.

Turut kelihatan, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Zahidi Zainul Abidin.

ISMAIL Sabri tiba di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. FOTO Eizairi Shamsudin
ISMAIL Sabri tiba di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. FOTO Eizairi Shamsudin

Berita berkaitan

Ismail Sabri hadiri perjumpaan pemimpin parti

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Ogos 2021 @ 11:35 PM