Hazira Ahmad Zaidi

Machang: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah menyiapkan 11 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara sejak Januari hingga Ogos tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, 11 projek PPR itu adalah empat di Pahang, tiga di Kelantan dan dua masing-masing di Langkawi dan Johor membabitkan lebih 4,000 unit.

Katanya, pengisian di semua PPR berkenaan masih diproses dan selaras dengan polisi baharu KPKT, ia dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Zuraida (kiri) melihat rekabentuk rumah pangsa ketika Lawatan Kerja ke PPR Machang di Bukit Belah, di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Zuraida (kiri) melihat rekabentuk rumah pangsa ketika Lawatan Kerja ke PPR Machang di Bukit Belah, di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

"Pemilik setiap PPR diberi tempoh enam bulan untuk mendudukinya selepas permohonan mereka diluluskan kerana tidak mahu rumah ini berada dalam keadaan terbiar.

"Kita menyerahkan pengurusan PPR ini kepada SPNB untuk menjaga dari segi penyelenggaraan bagi mengelakkan rumah-rumah berkenaan disalah gunakan oleh pembeli atau penyewa.

"Kita melihat ada diantara mereka yang tidak menghargai rumah PPR yang diberikan sedangkan kerajaan memberi subsidi rumah yang besar bagi satu unit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Lawatan Kerja ke Program Perumahan Rakyat (PPR) Machang di Bukit Belah, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Ogos 2021 @ 4:25 PM