GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kajang: Tindakan lelaki membawa syabu terbongkar selepas ditahan polis di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Kajang, kelmarin.

Lelaki 20-an itu ditahan polis pada 10 malam selepas dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis kemudian meminta suspek untuk berhenti bagi membolehkan pemeriksaan lanjut.

Katanya, pemeriksaan dalam Proton Wira itu kemudiannya menemui syabu seberat 51.4 gram yang dianggarkan bernilai RM5,145.

"Polis mengganggarkan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 51 penagih.

"Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Julai 2021 @ 10:53 AM