MUHAMAD Said disahkan positif Covid-19 menerusi hantaran Facebook rasminya semalam.FOTO Facebook MSJ
MUHAMAD Said disahkan positif Covid-19 menerusi hantaran Facebook rasminya semalam.FOTO Facebook MSJ
Mohamad Fahd Rahmat

Kluang: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mahkota, Muhamad Said Jonit memaklumkan dirinya positif Covid-19.

Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, membuat ujian calitan Covid-19 pada 21 Julai lalu di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Kluang.

"Ketika ini saya OK, sudah pulih. Saya sebenarnya sudah buat 'swab test' lebih awal dan sudah dipakaikan gelang putih ketika itu," katanya.

Beliau yang tidak mengulas lanjut turut memberitahu dirinya mengalami keletihan dan kurang sihat.

Dalam pada itu, Muhamad Said berkongsi maklumat itu di Facebook, semalam dan dimasukkan ke wad Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk pemantauan.

"Saya berharap bagi individu kontak rapat yang telah berjumpa dengan saya sepanjang minggu lalu dapat membuat ujian saringan Covid-19, memantau tahap kesihatan dan mengikut langkah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

"Bersama kita perangi Covid-19, tingkatkan pematuhan SOP (prosedur operasi standard)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 2:47 PM