DR Adham Baba menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 dari aplikasi MySejahtera sahaja yang diiktiraf buat masa ini. Sebarang sijil vaksinasi berbentuk kad yang dicetak tidak diterima sebagai sijil sah. FOTO Bernama
DR Adham Baba menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 dari aplikasi MySejahtera sahaja yang diiktiraf buat masa ini. Sebarang sijil vaksinasi berbentuk kad yang dicetak tidak diterima sebagai sijil sah. FOTO Bernama
BERNAMA

Putrajaya: Kerajaan belum mengeluarkan sijil lengkap pengambilan dos vaksin berbentuk kad yang dicetak, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Beliau juga menegaskan bahawa sebarang kad yang dijual di pasaran dan ditularkan baru-baru ini, bukan dikeluarkan oleh kerajaan.

"Tidak ada kad fizikal, hanya ada sijil digital di aplikasi MySejahtera. Itu sahaja," katanya dalam sidang media perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di sini hari ini.

Dr Adham turut menegaskan bahawa kad tersebut tidak diiktiraf kerajaan atau diterima sebagai bukti telah melengkapkan dos suntikan vaksin.

Menurutnya kerajaan akan mengeluarkan MY Covid-19 Vaccination Badge dalam bentuk kad dicetak tidak lama lagi sebagai bukti bahawa seseorang individu telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

"Hanya sijil digital dalam aplikasi MySejahtera sahaja diakui kerajaan. Buat masa ini, kami menunggu kelulusan Kabinet untuk keluarkan MY Covid-19 Vaccination Badge," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Julai 2021 @ 3:42 PM