PETUGAS kesihatan menyediakan dos vaksin Covid-19 di Bukit Jalil, semalam. FOTO Saifullizan Tamadi
PETUGAS kesihatan menyediakan dos vaksin Covid-19 di Bukit Jalil, semalam. FOTO Saifullizan Tamadi
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Sebanyak 4,904,109 dos vaksin Covid-19 sudah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu 215,876 dos diberikan semalam.

Menurutnya, 3,435,420 orang menerima dos pertama manakala 1,468,689 orang pula terima dos kedua.

"Daftar di MySejahtera, vaksincovid.gov.my atau hubungi 1800888828," katanya menerusi Twitter, hari ini.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) Covid-19 memaklumkan 13,837,410 sudah mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin sehingga semalam.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sedang giat dijalankan di seluruh negara bagi membolehkan Malaysia mencapai imuniti kelompok lebih cepat.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega juga sudah beroperasi selain kaedah pandu lalu dan penggunaan fasiliti awam bagu mempercepatkan proses suntikan vaksin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Jun 2021 @ 11:00 AM